Wednesday, October 21, 2009

Blok...

Boring la kat opis ni..semua laman web dah kene blok..aku tak kisah kalau setakat diorang nak blok games, Friendster, My Space..tapi skang ni dah blok FB pulak..kat rumah dah la tak leh online ni..kat opis pun macam bendul..adui...boring and mati kutu aku..dulu masa FB ni tak blok rajin pulak aku buat kejer...semua settle jer..ye la..settle keje cepat-cepat sebab nak ber'FB'..skang ni aku tengok kertas atas meja aku pun aku biar jer..ye la..buat apa nak buat cepat-cepat..nanti bila cepat habis..lagi aku boring..
Mungkin pemimpin kerajaan tak nak internet berbentuk jaringan sosial ni dilayar kat opis sebab tak nak kita leka jer..tak buat keje..tapi aku sebaliknya pulak..makin x der internet berbentuk sosial ni,makin lambat kerja aku siap...tapi kalau tak nak bagi internet baik tak payah bagi komputer..bagi pen ngan kertas jer..lagi senang..semua opis tidak perlu menggunakan komputer..tak pun haramkan terus internet ni..biar semua kembali pada zaman dulu2(tak puas hati jerk)

Thursday, October 15, 2009

Cobaan.....

      Lamanya x singgah sini..bukan apa 2 ke 3 bulan ni bz sesangat..dengan kelas Mandarin, dengan aktiviti sukan aku..lagipun aku sekarang tengah boring tahap cipan...bila rumah aku kene pecah aku dh jadi seorang yang pemboring..lap top aku hilang..arrggghhhh tensennya..kenapa mesti ada manusia yang jahat di dunia ni, yang sanggup sakiti orang lain dan sanggup buat orang lain susah untuk kepentingan diri sendiri.  Ntah la..adakah itu lumrah hidup sementara menunggu masa untuk mengalami tidur yang panjang(mati) atau pun itu adalah satu ujian dan dugaan untuk aku untuk menguji sajauh mana keimanan aku terhadap Allah yang satu, apa pun aku tetap bersyukur di atas apa yang berlaku..dan aku yakin Allah itu sedang berbicara dengan hamba-Nya sekiranya Dia memberikan ujian dan dugaan...aku juga yakin bahawa Allah menguji hamba-Nya hanya di atas kemampuan insan itu sendiri...

        Kenapa aku kata macam tu? sebab masa rumah aku kene pecah hanya lap top, barang kemas aku yang lebih kurang rm3000 harganya,yang aku letak dalam laci bersama dengan duit raya anak-anak aku dalam lingkungan rm600 sahaja yang hilang, sedangkan pada masa tu juga kunci kereta dan motor ada tersangkut kat rumah, tapi "penjahat dunia" tersebut tidak melarikan kereta dan motor suamiku, rumahku juga tidak digeledah..kalau tidak pastinya lagi sewel aku dibuatnya..Alhamdullillah..Allah banyak bagi aku petunjuk sebelum kejadian, cuma pastinya kita tidak mengetahui perkara akan datang...aku redha dengan segala yang terjadi..mungkin ini adalah untuk mengingatkan aku supaya lebih berhati-hati...


Thursday, April 2, 2009

Papa Jahat...

Aku suka lagu ni,macam..gatal-gatal..chicky gitu...

Nama saya Jahat....Papa Jahat

Chorus:
Papa jangan papa jahat
Jangan papa nakal sangat

Mama jangan mama sekat
Jadi papa tak terleka

Papa jangan papa jahat
Mama tahu papa ligat

Mama jangan paksa sangat
Papa tengah cukup penat

Papa papa sangat jahat
Takde otak nak melihat
Gila-gilanya ia kerja Jangan dibuat
Papa papa kerja kuat

Dulunya papa penuh muslihat
Papa janji papa takkan buat
Ingat janji papa yang diikat

Oh cuba nak percaya
Oh tak ku perdaya
sayang percaya..
oh oh Oh takkan ku berdusta.
.oh oh oh Takkan ku perdaya
sayang percaya

Senorita aku gila kat kau
Mama sita janganlah menderita tersiksa
Tak diabaikan janji kita
Tak kembali ke zaman silam
Bila petik jari dah terguling-guling

Tak tentu hari bawa berasing-asing
Itu dulu kini tak begitu
Satu persatu semuanya berlalu itu kutahu
Bila ku tak gilakanmu

Susahku tak siapa tahu
Jangan kau mulakan serantau
Sebab kau sentiasa buatku kemarau
Oh cuba nak percaya tak ku perdaya

Sayang percaya
Oh takkan kuberdusta Takkan ku perdaya
sayang percaya

Berikan percaya darimu
(telah kuberikan segala)
Tidak pernah ku ingkari dirimu
(tak mungkin, tak mungkin)

Mama mama percayalah
ku tak guris hatimu
Papa papa kupercaya yang kau ubati hatiku
Mama mama percayalah ku tak guris hatimu
Papa papa kupercaya yang kau ubati hatiku

Wednesday, April 1, 2009

My Schedule On April

Traning Netball

  • Tarikh : 1-3 April 2009
  • Masa : 5.00 - 7.00 PM
  • Tempat : Padang Bersebelahan E14, Parcel E

Lawan Netball MAKSWIP

  • Tarikh : 4 dan 5 April 2009 ( Sabtu dan Ahad)
  • Masa : 8.00 AM
  • Tempat : Titiwangsa KL

Traning Bowling Mesca

  • Tarikh : 6, 8, 14 dan 16 April 2009
  • Masa : 2.00 - 5.00 PM
  • Tempat : ARL Powerbowl, Alamanda, Putrajaya

Lawan Bowling MESCA

  • Tarikh : 18 dan 19 April 2009 ( Sabtu dan Ahad)
  • Masa : 8.30 AM hingga 5.00 PM
  • Tempat : ARL Powerbowl, Alamanda, Putrajaya

Lawan Netball MESCA-MERCS

  • Tarikh : 23 - 26 April 2009
  • Masa : Lum tau lagi
  • Tempat : Singapore Sport School, Singapore

Wa....dah penuh dah aktiviti ni, bila masa hujung minggu nak gi Shah Alam, makan nasi dagang ni, dah la umah mertua pun jarang balik, kecik hati mak mertua den, mentang-mentang dah dok umah baru, jarang balik Seremban, macam mana nak balik, hujung minggu untuk bulan ni pun dah penuh dah... aktiviti padat mengalahkan orang besar-besar, tapi aktiviti meloncat sana, meloncat sini, dah minat nak buat macam mana, ya idak?, hubby pun memang tak boleh nak halang dah, minat dari kecik sampai ke besar, dari muda sampai ke tua..bersukan baik untuk kesihatan, dalam setahun nak demam pun susah, baru la otak cergas minda cerdas,,ewahhh..baru la fit skit....baju sponsor pun dah satu almari, tukang pakainya my hubby la, stokin pun dia belasah jgak, tak pe la janji dia tak halang nak main..ermmm...bole masuk blog ni, baju2 sponsor dan kasut-kasut sponsor yang dah dapat sebelum ni, jeng..jeng...

Lawak Hilang Mengantuk

Alahai Mak Cik.........

Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer..
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu.. Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung.. Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..
dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi...nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...
" JANJI TAU..!!"..


mengandung anak gajah??????

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat kebelakang. Ada seorang ibu hamil yang juga sedang berdiri.
Melihat wanita hamil itu maka lelaki bertanya pada wanita itu :
Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita itu dengan nada kesal)
Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu bertanya) Encik hamil juga ya?
Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya orang ya?
Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)
Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar
( sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)
Lelaki:???????????

Sorang taukeh kedai restoren sedang mengira pinggan mangkuk di kedainya...
- 13 mangkuk pecah
- 5 mangkuk retak
- 2 mangkuk hilang




DAN....
- 1 mangkuk hayun sedang baca cerita ni.....

daa...pegi buat keje.....takde keje lain ke 2...asyik tgk pc je ekekekekeekekeke

Friday, March 27, 2009

ANONYMOUS

Aku benci betul dengan anonymous ni, suka comment tapi tak tulis nama, konon x nak orang tau la sapa dia, ni pesen baling batu sorok tangan kat belakang la ni, tak berani nak berdepan, tapi nak tahu pasal orang, orang macam ni pun ada, orang yang menggelarkan diri dia anonymous ni, orang yang tak berani berdepan,tapi nak bersuara, tak nak orang tahu sapa dia, ala-ala kalau pergi dengar ceramah, dok pot pet..pot pet kat belakang, bila orang tanya ada masalah, tak berani pulak nak bersuara...sudah la..kalau nak baca-baca jer la..kalau nak kritik ker..komplain tentang penulisan orang lain ker, bagitau la..tak yah nak menggelarkan diri sebagai 'anonymous', pengkritik politik pun berani mengkritik di khalayak, ini yang x nampak muka pun tak berani nak bagi nama..eh..pooo dahhh...sibuk jer...aku punya blog aku punya suka la nak tulis apa pun..sekadar lepas perasaan, daripada perasaan tu terjeruk sendiri, baik aku jeruk dalam blog aku...kecoh lak...kalau 'anonymous' tu jantan, makanya dia seorang yang penakut, jantan penakut, baik x yah ada 'telur' nak comment tapi x nak publish, baik tak yah jadi jantan, kalau 'anonymous' tu pompuan, memang dasar suka jaga tepi kain orang la, mesti memang kaki mengumpat dan mengata ni, tak pun pompuan yang jenis tak ader idung sebab malu nak berdepan..

Hati seorang wanita

Hari ni aku didatangi seorang kawan lama, kawan yang begitu lama aku tak jumpa, last jumpa 7 tahun lalu sebelum aku dan dia kahwin, masa kitorang jumpa dulu dia bawak balak dia yang sekarang merangkap suami dia, aku masa tu 'lone ranger', sedang mencari-cari yang sesuai..hehehehe..kebetulan minggu ni dia ada kerja kat KL,so, dia amik kesempatan jumpa aku, memang teruja sangat sebab masa belajar dulu,dia la kawan sama-sama meronggeng ngan aku,
.
Masa jumpa dia 7 tahun dulu badan dia montok, sama macam belajar dulu..dan dia memang rebutan semua jejaka Malaya, tapi hari ni..kawan aku tu memang lain sangat, kurus, cengkung, pucat..dah macam zombie pun ada. Terkejut gila aku tengok dia, dia pun sekarang anak dah 3, selalunya orang bila dah bersalin makin kembang la sikit, tapi dia makin kurus dan cengkung, mula-mula dia tak nak bagitau aku, tapi last-last dia story jgak kat aku...tapi sebenarnya aku memang dah lama tak berkenan ngan laki dia tu, dari dulu lagi, masa belum kahwin lagi, laki dia tu suka sangat mengongkong, nak gi situ kene bagitau, nak gi sini kene bagitau, aku pun naik rimas, kadang-kadang keluar ngan sama-sama perempuan pun bole jadi kes besar kalau tak bagitau, tapi kawan aku dah macam kene cucuk hidung ngikut jer apa kata balak dia ni, aku ingat lepas kahwin dia berubah, rupanya tak, tambahan pulak kawan aku ni gaji besar la jugak berbanding laki dia tu, yang lebih menyedihkan, dia pulak yang berlagak dengan harta benda kawan aku tu, mengikut kata kawan aku tu, buat masa ni, kaki tangan tak pernah la lagi naik, tapi penderaan dari segi emosi, kalau laki dia naik angin, kata-kata kesat tu dah biasa sangat.
.
Memang dari aku kenal, laki dia dulu lagi selalu menghamburkan kata-kata kesat kat kawan aku tu, tinggi-tinggi suara tu memang pernah la aku dengar, aku ingat lagi masa dulu, aku dan kawan-kawan yang lain pernah nasihatkan dia tinggalkan boy friend dia tu, tapi yang tu jugak pilihan hati dia, berkenan tang mana aku pun tak tahu, kalau gaduh, bab-bab pujuk memang manis bahasa, depan rumah sewa kitorang dulu pernah berembun sampai tengah-tangah malam, semata-mata nak pujuk kawan aku tu, last-last cair jugak hati seorang perempuan ni, masa dia bagitau aku tu, memang menyirap darah aku ni, dan aku tanya dia, sampai bila dia tahan dalam keadaan macam ni, dengan senyum dia jawab kat aku, sampai dia tutup mata, Insyaa Allah dan sebab dia sayangkan anak-anak dia, dia tak nak anak-anak dia membesar tanpa seorang ayah, murni sungguh hati perempuan ni, kalau aku, usahkan sampai kahwin, belum kahwin lagi aku dah tinggalkan dia, sepanjang aku kenal dia dulu, memang dah macam-macam laki ni buat kat dia, tapi macam tu la..gaduh-gaduh..baik..gaduh-gaduh baik, kawan aku ni memang cantik, lawa, dia free hair, kalau tgk dengan tinggi lampai dia, memang macam model, tapi macam ni jadinya.
.
Aku betul-betul tak sangka, mungkin Tuhan nak uji dia, sebab dari segi kehidupan, kawan aku ni, ada segala-galanya, senang cerita senang lenang la, tapi Tuhan uji kehidupan dia dalam keadaan macam ni, buat masa ni family kawan aku ni tak tahu lagi masalah diorang ni, sebab kalau kawan aku balik kampung pun jarang sangat laki dia ikut, alasan yang kawan aku bagi, suami dia kerja tak leh cuti...tak kan la dalam setahun 365 hari, bersamaan dengan 12 bulan langsung tak leh cuti, balik kampung sama-sama. Kawan aku cakap dia takut nak bagitau family dia, sebab dulu pun mak ayah dia pernah tentang perkahwinan dia ni, kalau dia berpisah ngan suami dia lagi la, mak ngan ayah dia akan balikkan pada dia atas apa yang berlaku. Kalau aku jadi mak dia pun aku pelik..sebenarnya banyak yang dia cerita kat aku, cerita yang memang menyedihkan, dan membuatkan darah aku sentiasa menyirap..tapi itu dah jalan kehidupan yang dia pilih..lelaki kalau sebelum kahwin perangai dah macam 'nates'(terbalikkan) sampai dah kahwin makin la keluar 'nates'nya..
.
Nak nasihat pun dah tak ada gunanya, sebab semuanya dah berlaku, nak tak nak kene telan jugak, lepas dia balik aku terfikir sendiri, kadang-kadang nasihat orang lain, nak-nak orang tua memang banyak gunanya, kalau kita ikut cakap orang tua, Insyaa Allah, Allah akan bagi ganjaran untuk kita, sebab kebanyakan yang ikut cakap orang tua semuanya hidup aman dan bahagia, tapi kalau soal pasangan memang banyak tak ikut cakap orang tua, (termasuk aku), dari segi kebahagian, Alhamdulillah aku hidup bahagia, tapi dari segi kesenangan hidup, tak la senang sangat dan tak la susah sangat, setakat cukup-cukup makan tu o.k la, mungkin aku diuji dari segi begitu plak. Ntah la sebab manusia tak bole meramal masa depan, kalau kita dah tahu mesti kita tak buat kan?, sebab tak boleh meramal masa depan dan tak boleh nak menterbalikkan masa la, kita kene fikir dulu apa yang kita buat..sebab kita hanya mampu merancang, yang tentukan adalah Dia yang Maha Agung..